Saturday, February 12, 2011

Maulidul Rasul 1432

Surau Ar-Raudhah akan menganjurkan Majlis Maulidul Rasul pada sabtu 19-Feb-2011.

7:30 mlm - Solat Maghrib
7:50 mlm - Ceramah Maulidul Rasul (ust Hadi)
8:45 mlm - Solat Isyak
9:20 mlm - Jamuan Makan (secara pot luck)

Semua kariah dan pembaca dijemput datang imarahkan surau,

----------------------------------------------------------------------------------
Surau dalam proses pembinaan tambahan dan memerlukan sumbangan dana yang berkurangan RM 8,000.

Monday, January 31, 2011

Tuesday, January 11, 2011

Thursday, October 28, 2010

QURBAN 1431H

Monday, October 4, 2010

Thursday, September 23, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya, Tuan/Puan adalah dijemput ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Surau Ar-Raudhah As-Syareefah .

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:
2 Oktober 2010 / 23 Syawal 1431 ( Sabtu )

Tempat:
Surau Ar-Raudhah As-Syareefah, Putra Bistari 2/5, Putra Heights.

Aturcara Majlis.
  • 7:15 malam - Solat Maghrib
  • 7:25 malam - Ucapan dan Kutipan Amal
  • 7:30 malam - Ceramah Khas oleh Ustaz Haslin Baharim ( Program Kalam Suci Astro Oasis & Tanyalah Ustaz TV 9 )
  • 8:30 malam - Solat Isyak
  • 8:45 malam - Jamuan Hari Raya ( Ala Pot Luck. Sumbangan makanan & minuman adalah dialu-alukan )

Semoga kehadiran tuan/puan dan keluarga akan menyerikan lagi majlis dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H

ﺍﻠﺴﻼﻡﻋﻠﻴﻜﻡﻭﺭﺤﻤﺔﺍﷲﻭﺒﺭﻜﭑﺘﻪ


Tuan/Puan,

Bersempena Hari Raya Aidil Fitri 1431 ini, pihak Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah As-Syareefah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Bagi yang pulang beraya, diharapkan berhati-hati di dalam perjalanan semoga selamat tiba di destinasi yang ditujui dan selamat kembali ke Putra Heights. Begitu juga, pastikan keselamatan kediaman selama tempoh yang ditinggalkan.

Bagi yang beraya di Putra Heights, diharapkan dapat turut bertakbir di surau pada malam raya dan meneruskan amalan kunjung mengunjung bagi mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Pihak surau ingin merakamkan terima kasih diatas sambutan program-program Ramadhan kali ini dan memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan. Diharapkan Tuan/Puan akan terus memberikan sambutan dan sokongan pada program yang akan datang pula.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
Maaf zahir dan batin.

Jawatankuasa,
Surau Ar-Raudhah As-Syareefah,
Putra Heights.

Monday, August 30, 2010

Untuk Renungan Bersama

Risalah berikut telah diedarkan oleh Ustaz Borhan pada Tazkirah Ramadhan pada hari Sabtu yang lepas dan dipaparkan di sini untuk manfaat semua. Semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu yang diperolehi serta beramal dengannya, Insya Allah.


Wednesday, August 11, 2010

JADUAL AKTIVITI RAMADHAN 1431H


Tadarus Al-Quran akan diadakan selepas solat Terawih sejurus selepas jamuan dan dipimpin oleh Imam yang bertugas. Tuan/Puan yang berminat, bolehlah turut serta program tadarus Al-Quran ini.

Friday, August 6, 2010

Program Ramadhan 1431H

Dengan hormatnya, pihak Surau ingin menarik perhatian Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

Solat Terawih
Solat terawih akan di adakan di Surau Ar-Raudhah pada setiap malam di bulan Ramadhan seperti berikut.

20 rakaat pada malam-malam yang tidak diadakan kuliah.

8 rakaat pada malam-malam yang diadakan kuliah di pertengahan solat Terawih. Kuliah akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Sekiranya kuliah tidak dapat diadakan, solat terawih akan diadakan sebanyak 20 rakaat.

Tadarus Al-Quran
Tadarus Al-Quran akan diadakan selepas solat Terawih sejurus selepas jamuan dan dipimpin oleh Imam yang bertugas. Tuan/Puan yang berminat, bolehlah turut serta program tadarus Al-Quran ini.

Qiamullail dan Kuliah Subuh
Untuk awal Ramadhan, program Qiamullail akan diadakan pada setiap hari Ahad yang akan disusuli dengan program kuliah Subuh. Sahur akan disediakan oleh pihak surau.

Untuk akhir Ramadhan, Qiamullail akan diadakan pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 & 29 Ramadhan.

Jamuan Moreh, Berbuka Puasa dan Sahur
Pihak surau akan menganjurkan jamuan pada tarikh dan masa yang dirasakan sesuai. Tuan/Puan yang berminat dan berhajat untuk menaja mana-mana jamuan adalah amat dialu-alukan.

Sila rujuk kepada jadual jamuan di papan-papan tanda surau dan berbincang dengan imam atau AJK surau bagi mengenalpasti tarikh yang dihajati serta memaklumkan nama dan no telefon.

Sebarang bentuk sumbangan adalah juga dialu-alukan demi mengimarahkan lagi sambutan Ramadhan 1431 di Surau Ar-Raudhah As-Syareefah.

Monday, July 26, 2010

Program Malam Nisfu Sya'baan - 26 Julai 2010

Tuan/Puan,

Bersempena Malam Nisfu Sya'baan pada 26 Julai 2010 (Isnin), pihak Surau Ar-Raudhah akan menganjurkan bacaan surah Ya-Sin dan doa selepas solat Maghrib. Jamuan ringan turut disediakan. Diharap Tuan/Puan dapat hadir untuk menghidupkan malam Nisfu Sya'baan kali ini.

Renungan -

Berkata Imam Asy-Syafie di dalam kitabnya al-Umm:

" Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'baan."

Thursday, July 22, 2010

Tentang Yang Dah Tamat dan Yang Mula


Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, tamat dan sempurna sudah pembinaan rumah kediaman Imam bertugas dan dapatlah ia digunakan. Semoga ianya dapat memberi keselesaan kepada Tuan Imam kita. Diucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada sesiapa yang telah menyumbang didalam pembinaan rumah ini tidak kira dalam bentuk kewangan, barang-barang kelengkapan dan juga tenaga. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha tuan-tuan dan puan-puan.




Dalam masa yang sama, pihak Surau telah memulakan projek pembinaan tandas khusus berasingan yang lebih sempurna untuk jemaah lelaki dan wanita. Bahagian tandas wanita juga dilengkapi dengan tempat wuduk. Walaupun jumlah dana dalam tabungan/akaun Surau amat rendah buat masa ini , pihak Surau merasakan ianya suatu yang amat perlu  demi keselesaan para jemaah. Insya Allah ianya akan siap dan boleh digunakan pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amatlah diperlukan dan sangatlah kami hargai.

Wednesday, July 21, 2010

Sekitar sambutan Majlis Isra' & Mikraj

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan juadah makanan dan minuman. Juga tidak lupa kepada mereka yang menjayakan program gotong royong di sebelah pagi. Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.











Monday, July 5, 2010

Ceramah Israk & Mikraj

Sukacita dimaklumkan program bersempena Israk Mikraj akan dianjurkan di Surau Ar-Raudhah As-Syareefah seperti berikut:

Tarikh: 10 Julai 2010 (Sabtu)

Aturcara Program :
7.30 malam. - Solat Maghrib.
7.45 malam - Ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Riduan Zainal Abidin.
9.00 malam - Solat Isyak.
9.15 malam - Jamuan ala Pot Luck.


Untuk makluman, jamuan makan malam secara Pot Luck adalah bertujuan untuk mempereratkan silaturrahim sesama penduduk Islam Putra Bistari seperti mana yang telah diadakan sebelum ini.

Untuk anggaran juadah, Tuan/Puan adalah digalakkan memaklumkan jenis juadah yang akan disumbangkan melalui mana-mana kaedah berikut:


  • Mendaftar di borang Sumbangan Jamuan di papan kenyataan Surau.

  • Memaklumkan mana-mana JawatanKuasa Pengelola Program Israk Mikraj.

    • Tn. Hj. Mohd. Nasir Abdullah ( 013-3456566).

    • En. Zainal Abidin Abdul Rani ( 013-3441588 )

    • Pn. Che Amah Othman ( 013-4389590 )

    • Pn Siza Shaari (019-3129028)
Tuan/Puan yang terlibat dalam program Menabung Amal, bolehlah menyerahkan tabungan kepada AJK bertugas semasa program Israk Mikraj.

Diharapkan Tuan/Puan dapat hadir beramai-ramai ke program yang dianjurkan seperti yang dimaklumkan diatas.

JADUAL KULIAH BULAN JULAI 2010

Saturday, June 5, 2010

Pembinaan Rumah Imam

Alhamdulillah pembinaan rumah baru untuk tempat tinggal Imam bertugas telahpun dimulakan awal minggu ini. Diharapkan ianya dapat memberi kemudahan yang lebih selesa kepada Tuan Imam kita. Sumbangan tuan/puan masih diperlukan dan amatlah dihargai.