Tuesday, January 5, 2010

Pertandingan Golf Amal SRS




Tuan/Puan,


Sukacita dimaklumkan Biro Ekonomi Surau Ar-Raudhah As-Shareefah akan menganjurkan permainan Golf Amal bagi tujuan mengumpul dana pembangunan fasa ke-2 surau ini.

Penyertaan Tuan/Puan amat kami alu-alukan dan kami berharap niat kami ini dapat diwar-warkan kepada jaringan masing-masing, insyaALLAH.

Tempat : Kinrara Golf Club, Jln Kinrara 6, Bandar Kinrara, Puchong.
Tarikh : 24hb Januari, 2010 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi
Sumbangan : RM300.00 (sarapan pagi & makan tengahari disediakan)
Tarikh Tutup Penyertaan & Pembayaran : 17hb Januari, 2010

Akaun Pembayaran : Maybank A/C No.101011821788 (Zulkifli A.Malek)


Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menyertai Golf Amal ini tetapi ingin menyumbang sila salurkan sumbangan Tuan/Puan ke akaun "Pembinaan Surau Putra Bistari di Maybank Islamic No.562366110161".

Semuga Allah memberkati segala usaha dan sumbangan kalian.

Jom Beriadah Sambil Beramal!



Dato' Zulkifli Hj Abdul Malek
b/p Penganjur Golf Amal Surau Ar-Raudhah, Putra Heights.