Wednesday, September 14, 2011

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 24 September 2011 (Sabtu)

Tuan/Puan,


Dengan hormatnya, Tuan/Puan dan keluarga adalah dijemput ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Surau Ar-Raudhah As-Syareefah.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 September 2011 / 26 Syawal 1432 (Sabtu)
Tempat: Surau Ar-Raudhah As-Syareefah, Putra Bistari 2/5, Putra Heights.

Aturcara Majlis:
7:15 malam - Solat Maghrib dan Solat Hajat bagi calon peperiksaan PMR
7:40 malam - Ceramah Khas oleh Ustaz Ghazali
8:40 malam - Solat Isyak
9:00 malam - Jamuan Hari Raya ( Ala Pot Luck )

Penceramah jemputan, Ustaz Ghazali, sering menjadi tetamu program radio IKIM.FM, panel Al-Kulliyyah TV3, rancangan di RTM1 dan Wanita Hari Ini TV3. Beliau juga adalah penulis majalah Anis dan penceramah JAIS yang pernah menyampaikan Tazkirah Ramadhan di surau ini pada 25 Ogos lalu.

Pihak surau akan menyediakan menu istimewa dan Tuan/Puan dapatlah merujuk kepada senarai jamuan di papan kenyataan surau bagi mengelakkan menu yang sama daripada berlebihan.

Semoga kehadiran Tuan/Puan dan keluarga akan menyerikan dan memeriahkan lagi majlis ini serta mendapat keberkatan Alah s.w.t.