Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Program Hari Raya Aidil Adha

Program Terdekat


1. Solat Hari Raya Aidil Adha

Dimaklumkan solat hari Raya Aidil Adha tahun ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 6 November 2011 (Ahad)
Masa : 9 pagi
Takbir akan bermula seawal 8.15 pagi.


Jamuan ala Pot Luck akan disediakan sejurus solat/khutbah hari raya.




2. Program Qurban

Tuan/Puan adalah dijemput ke program Qurban seperti berikut:

Tarikh : 7 November 2011 ( Isnin )
Tempat : Perkarangan Surau Ar-Raudhah As-Syareefah

Aturcara Program:


8 pagi – bermula sembelihan
          - melapah daging kurban - muslimin
          - penyediaan jamuan - muslimat

1.00 ptg – Solat Zohor
1.15 ptg – pengagihan daging qurban
             - jamuan

3. Solat Hajat Persediaan SPM


Program solat hajat dan doa selamat sebagai persediaan SPM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 7 November 2011 ( Isnin )
Masa : Selepas solat Maghrib.

Tuan/Puan dan keluarga adalah diharapkan dapat hadir bagi memeriahkan program seperti di atas.


Penyertaan Korban 1432

Penetapan Harga


- 1 bahagian lembu adalah rm380.
- 1 ekor kambing adalah sekitar rm750 ( mengikut harga pasaran)

Tarikh Tutup: 31 Oktober 2011


Tuan/Puan yang berminat untuk melaksanakan qurban bolehlah mula mendaftar dengan pihak surau dengan memulangkan borang seperti disertakan kepada Imam atau AJK surau dengan seberapa segera.

Pertanyaan

Segala pertanyaan lain bolehlah merujuk kepada AJK berikut:


1. Tn. Hj. Mohd. Nasir Abdullah ( 013-3456566 )
2. En. Zainal Abidin Abdul Rani ( 013-3441588 )
3. Pn. Che Amah Othman ( 013-4389590 )
4. Pn. Siza Shaari ( 012-3193444 )

Tuesday, November 30, 2010

Thursday, October 28, 2010

QURBAN 1431H

Monday, November 30, 2009

Majlis Korban Hari Raya Aidil Adha 1430H

Alhamdullilah, dengan izin Allah s.w.t, pada hari Sabtu yg lepas, 11 Zulhijjah 1430H (27 November 2009) telah berlangsung majlis korban buat yang pertama kalinya bagi surau ini. Sebanyak 4 ekor lembu telah disembelih bagi tujuan korban dan juga aqiqah. Majlis yang bermula sejak pukul 12 tengahari lagi dimulakan dengan upacara penyembelihan, melapah dan juga pengagihan daging korban. Gotong royong untuk penyediaan makan malam juga berlangsung pada waktu yang sama. Selepas solat fardu Maghrib, Ustaz Azian bin Man dari Masjid Al Falah USJ 9 selaku Imam jemputan pada hari itu telah menyampaikan tazkirah ringkas. Para jemaah telah dihidangkan dengan makan malam yang dimasak sendiri oleh kariah Surau selepas solat Fardhu Isyak.

Pihak AJK Surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala bantuan yang telah disumbangkan bagi menjayakan program ini. Pihak AJK juga mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan dari majlis tersebut dan juga keatas apa-apa kelemahan didalam urusan mentadbir surau semenjak ianya dibuka. Semoga ibadah korban ini diterima Allah s.w.t dan marilah kita sama-sama berdoa majlis yang telah dilangsungkan ini mendapat kerahmatan Allah s.w.t.     


Khemah yang telah dipasang untuk keselesaan para jemaah untuk Majlis Korban


Salah satu dari lembu korban


Upacara penyembelihan



Para kariah surau yang sama sama membantu untuk melapah, mengagihkan daging korban dan juga menyediakan & memasak untuk majlis makan di sebelah malam.



Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azian bin Man


Para jemaah dan jemputan menikmati hidangan yang disediakan


Friday, November 6, 2009