Thursday, July 22, 2010

Tentang Yang Dah Tamat dan Yang Mula


Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, tamat dan sempurna sudah pembinaan rumah kediaman Imam bertugas dan dapatlah ia digunakan. Semoga ianya dapat memberi keselesaan kepada Tuan Imam kita. Diucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada sesiapa yang telah menyumbang didalam pembinaan rumah ini tidak kira dalam bentuk kewangan, barang-barang kelengkapan dan juga tenaga. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha tuan-tuan dan puan-puan.




Dalam masa yang sama, pihak Surau telah memulakan projek pembinaan tandas khusus berasingan yang lebih sempurna untuk jemaah lelaki dan wanita. Bahagian tandas wanita juga dilengkapi dengan tempat wuduk. Walaupun jumlah dana dalam tabungan/akaun Surau amat rendah buat masa ini , pihak Surau merasakan ianya suatu yang amat perlu  demi keselesaan para jemaah. Insya Allah ianya akan siap dan boleh digunakan pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amatlah diperlukan dan sangatlah kami hargai.

Wednesday, July 21, 2010

Sekitar sambutan Majlis Isra' & Mikraj

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan juadah makanan dan minuman. Juga tidak lupa kepada mereka yang menjayakan program gotong royong di sebelah pagi. Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.