Tuesday, November 8, 2011

QURBAN SURAU AR-RAUDHAH 1432

Alhamdulillah, Surau Ar Raudhah telah melaksanakan syiar islam dalam penyertaan aktiviti qurban. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan pada 7hb Nov bermula jam 7.00 pagi.

PENYERTAAN REMAJA


PEYERTAAN PERTUGAS PAKAR




PENYERTAAN MUSLIMAH


AKHIRNYA SEMUA MENIKMATI






Tuesday, October 11, 2011

Program Hari Raya Aidil Adha

Program Terdekat


1. Solat Hari Raya Aidil Adha

Dimaklumkan solat hari Raya Aidil Adha tahun ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 6 November 2011 (Ahad)
Masa : 9 pagi
Takbir akan bermula seawal 8.15 pagi.


Jamuan ala Pot Luck akan disediakan sejurus solat/khutbah hari raya.




2. Program Qurban

Tuan/Puan adalah dijemput ke program Qurban seperti berikut:

Tarikh : 7 November 2011 ( Isnin )
Tempat : Perkarangan Surau Ar-Raudhah As-Syareefah

Aturcara Program:


8 pagi – bermula sembelihan
          - melapah daging kurban - muslimin
          - penyediaan jamuan - muslimat

1.00 ptg – Solat Zohor
1.15 ptg – pengagihan daging qurban
             - jamuan

3. Solat Hajat Persediaan SPM


Program solat hajat dan doa selamat sebagai persediaan SPM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 7 November 2011 ( Isnin )
Masa : Selepas solat Maghrib.

Tuan/Puan dan keluarga adalah diharapkan dapat hadir bagi memeriahkan program seperti di atas.


Penyertaan Korban 1432

Penetapan Harga


- 1 bahagian lembu adalah rm380.
- 1 ekor kambing adalah sekitar rm750 ( mengikut harga pasaran)

Tarikh Tutup: 31 Oktober 2011


Tuan/Puan yang berminat untuk melaksanakan qurban bolehlah mula mendaftar dengan pihak surau dengan memulangkan borang seperti disertakan kepada Imam atau AJK surau dengan seberapa segera.

Pertanyaan

Segala pertanyaan lain bolehlah merujuk kepada AJK berikut:


1. Tn. Hj. Mohd. Nasir Abdullah ( 013-3456566 )
2. En. Zainal Abidin Abdul Rani ( 013-3441588 )
3. Pn. Che Amah Othman ( 013-4389590 )
4. Pn. Siza Shaari ( 012-3193444 )

Wednesday, September 14, 2011

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 24 September 2011 (Sabtu)

Tuan/Puan,


Dengan hormatnya, Tuan/Puan dan keluarga adalah dijemput ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Surau Ar-Raudhah As-Syareefah.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 September 2011 / 26 Syawal 1432 (Sabtu)
Tempat: Surau Ar-Raudhah As-Syareefah, Putra Bistari 2/5, Putra Heights.

Aturcara Majlis:
7:15 malam - Solat Maghrib dan Solat Hajat bagi calon peperiksaan PMR
7:40 malam - Ceramah Khas oleh Ustaz Ghazali
8:40 malam - Solat Isyak
9:00 malam - Jamuan Hari Raya ( Ala Pot Luck )

Penceramah jemputan, Ustaz Ghazali, sering menjadi tetamu program radio IKIM.FM, panel Al-Kulliyyah TV3, rancangan di RTM1 dan Wanita Hari Ini TV3. Beliau juga adalah penulis majalah Anis dan penceramah JAIS yang pernah menyampaikan Tazkirah Ramadhan di surau ini pada 25 Ogos lalu.

Pihak surau akan menyediakan menu istimewa dan Tuan/Puan dapatlah merujuk kepada senarai jamuan di papan kenyataan surau bagi mengelakkan menu yang sama daripada berlebihan.

Semoga kehadiran Tuan/Puan dan keluarga akan menyerikan dan memeriahkan lagi majlis ini serta mendapat keberkatan Alah s.w.t.

Friday, September 9, 2011

Program Bacaan Ya-Sin, Solat Hajat dan Doa Selamat

Tuan/Puan,


Surau Ar-Raudhah As-Syareefah akan menganjurkan program bacaan Ya-Sin, Solat Hajat dan Doa Selamat kepada anak-anak kariah Putra Bistari yang bakal menduduki peperiksaan seperti berikut:

Tarikh: 11 September 2011 (Ahad)

Aturcara Program :
7.30 malam. - Solat Maghrib.
7.45 malam - Bacaan Ya-Sin/Solat Hajat/Doa selamat.
8.40 malam - Solat Isyak.
9.00 malam - Jamuan disediakan.

Oleh itu, Tuan/Puan dan ahli keluarga adalah dijemput untuk turut serta di dalam program di atas. Tuan/Puan yang berminat menyumbang untuk jamuan adalah juga dialu-alukan.

JADUAL KULIAH BULAN SEPTEMBER 2011

Tuesday, August 2, 2011

Monday, July 11, 2011

AJK surau menganjurkan aktiviti perkhemahan ( 1 malam) dan memancing seperti berikut:

Tarikh         : 16 & 17 Julai 2011.
Tempat       : Sungai Kerling, Selangor.
Yuran Penyertaan: RM50.
Pendaftaran, sila hubungi En. Afif 019-2334620 
atau email afif5_ea@yahoo.com.
AJK surau menganjurkan Futsal 9-Jun-2012

Hubungi : AFIF 019-2334 620

Friday, June 10, 2011

Program Isra’ Mi’raj anjuran Surau Ar-Raudhah


Tajuk: Israel ( Zionist) No 1 Terrorist
Penceramah: Wakil Aqsa Sharif.
Kutipan derma Palestin akan turut dilakukan.

Tarikh    :  18 Jun 2011 (Sabtu)
Masa       :  Selepas Solat Maghrib
Tempat  :  Surau Ar Raudhah, Putra Bistari, 2/5.


Jamuan   :  Ala Potluck ( Selepas Solat Isya')


Tuan/Puan adalah dijemput bagi mengimarahkan program ini.

Thursday, March 31, 2011

Monday, March 21, 2011

Rayuan Sumbangan untuk Kerja Naiktaraf




Untuk pengetahuan semua, pihak surau telah pun memulakan pembinaan tambahan atap disebelah kanan dan belakang surau untuk kegunaan bagi sebarang jamuan atau sebagai ruangan tambahan untuk jemaah semasa bulan Ramadhan. Alhamdulillah ianya sudah hampir selesai. Walaupun dana agak kurang, pihak surau merasakan ianya penting untuk dilakukan demi keselesaan para jemaah terutama ketika bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Kami mengalu-alaukan sumbangan untuk pembinaan ini dan juga kerja-kerja menaiktaraf yang lain yang telah dirancang seperti pagar sekitar kawasan surau dan juga menurap kawasan tanah di dalam surau.

Semoga usaha dan sumbangan saudara mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t. Insya Allah.

Saturday, February 12, 2011

Maulidul Rasul 1432

Surau Ar-Raudhah akan menganjurkan Majlis Maulidul Rasul pada sabtu 19-Feb-2011.

7:30 mlm - Solat Maghrib
7:50 mlm - Ceramah Maulidul Rasul (ust Hadi)
8:45 mlm - Solat Isyak
9:20 mlm - Jamuan Makan (secara pot luck)

Semua kariah dan pembaca dijemput datang imarahkan surau,

----------------------------------------------------------------------------------
Surau dalam proses pembinaan tambahan dan memerlukan sumbangan dana yang berkurangan RM 8,000.

Monday, January 31, 2011

Tuesday, January 11, 2011