Monday, July 26, 2010

Program Malam Nisfu Sya'baan - 26 Julai 2010

Tuan/Puan,

Bersempena Malam Nisfu Sya'baan pada 26 Julai 2010 (Isnin), pihak Surau Ar-Raudhah akan menganjurkan bacaan surah Ya-Sin dan doa selepas solat Maghrib. Jamuan ringan turut disediakan. Diharap Tuan/Puan dapat hadir untuk menghidupkan malam Nisfu Sya'baan kali ini.

Renungan -

Berkata Imam Asy-Syafie di dalam kitabnya al-Umm:

" Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'baan."