Friday, August 6, 2010

Program Ramadhan 1431H

Dengan hormatnya, pihak Surau ingin menarik perhatian Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

Solat Terawih
Solat terawih akan di adakan di Surau Ar-Raudhah pada setiap malam di bulan Ramadhan seperti berikut.

20 rakaat pada malam-malam yang tidak diadakan kuliah.

8 rakaat pada malam-malam yang diadakan kuliah di pertengahan solat Terawih. Kuliah akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Sekiranya kuliah tidak dapat diadakan, solat terawih akan diadakan sebanyak 20 rakaat.

Tadarus Al-Quran
Tadarus Al-Quran akan diadakan selepas solat Terawih sejurus selepas jamuan dan dipimpin oleh Imam yang bertugas. Tuan/Puan yang berminat, bolehlah turut serta program tadarus Al-Quran ini.

Qiamullail dan Kuliah Subuh
Untuk awal Ramadhan, program Qiamullail akan diadakan pada setiap hari Ahad yang akan disusuli dengan program kuliah Subuh. Sahur akan disediakan oleh pihak surau.

Untuk akhir Ramadhan, Qiamullail akan diadakan pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 & 29 Ramadhan.

Jamuan Moreh, Berbuka Puasa dan Sahur
Pihak surau akan menganjurkan jamuan pada tarikh dan masa yang dirasakan sesuai. Tuan/Puan yang berminat dan berhajat untuk menaja mana-mana jamuan adalah amat dialu-alukan.

Sila rujuk kepada jadual jamuan di papan-papan tanda surau dan berbincang dengan imam atau AJK surau bagi mengenalpasti tarikh yang dihajati serta memaklumkan nama dan no telefon.

Sebarang bentuk sumbangan adalah juga dialu-alukan demi mengimarahkan lagi sambutan Ramadhan 1431 di Surau Ar-Raudhah As-Syareefah.