Monday, November 30, 2009

Majlis Korban Hari Raya Aidil Adha 1430H

Alhamdullilah, dengan izin Allah s.w.t, pada hari Sabtu yg lepas, 11 Zulhijjah 1430H (27 November 2009) telah berlangsung majlis korban buat yang pertama kalinya bagi surau ini. Sebanyak 4 ekor lembu telah disembelih bagi tujuan korban dan juga aqiqah. Majlis yang bermula sejak pukul 12 tengahari lagi dimulakan dengan upacara penyembelihan, melapah dan juga pengagihan daging korban. Gotong royong untuk penyediaan makan malam juga berlangsung pada waktu yang sama. Selepas solat fardu Maghrib, Ustaz Azian bin Man dari Masjid Al Falah USJ 9 selaku Imam jemputan pada hari itu telah menyampaikan tazkirah ringkas. Para jemaah telah dihidangkan dengan makan malam yang dimasak sendiri oleh kariah Surau selepas solat Fardhu Isyak.

Pihak AJK Surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala bantuan yang telah disumbangkan bagi menjayakan program ini. Pihak AJK juga mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan dari majlis tersebut dan juga keatas apa-apa kelemahan didalam urusan mentadbir surau semenjak ianya dibuka. Semoga ibadah korban ini diterima Allah s.w.t dan marilah kita sama-sama berdoa majlis yang telah dilangsungkan ini mendapat kerahmatan Allah s.w.t.     


Khemah yang telah dipasang untuk keselesaan para jemaah untuk Majlis Korban


Salah satu dari lembu korban


Upacara penyembelihan



Para kariah surau yang sama sama membantu untuk melapah, mengagihkan daging korban dan juga menyediakan & memasak untuk majlis makan di sebelah malam.



Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azian bin Man


Para jemaah dan jemputan menikmati hidangan yang disediakan