Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan juadah makanan dan minuman. Juga tidak lupa kepada mereka yang menjayakan program gotong royong di sebelah pagi. Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.
Showing posts with label Israk Mikraj. Show all posts
Showing posts with label Israk Mikraj. Show all posts
Wednesday, July 21, 2010
Monday, July 5, 2010
Ceramah Israk & Mikraj
Sukacita dimaklumkan program bersempena Israk Mikraj akan dianjurkan di Surau Ar-Raudhah As-Syareefah seperti berikut:
Tarikh: 10 Julai 2010 (Sabtu)
Aturcara Program :
7.30 malam. - Solat Maghrib.
7.45 malam - Ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Riduan Zainal Abidin.
9.00 malam - Solat Isyak.
9.15 malam - Jamuan ala Pot Luck.
Untuk anggaran juadah, Tuan/Puan adalah digalakkan memaklumkan jenis juadah yang akan disumbangkan melalui mana-mana kaedah berikut:
E-mel kepada surau_putra_bistari@yahoo.com.
Mendaftar di borang Sumbangan Jamuan di papan kenyataan Surau.
Memaklumkan mana-mana JawatanKuasa Pengelola Program Israk Mikraj.
Tn. Hj. Mohd. Nasir Abdullah ( 013-3456566).
En. Zainal Abidin Abdul Rani ( 013-3441588 )
Pn. Che Amah Othman ( 013-4389590 )
Pn Siza Shaari (019-3129028)
Tuan/Puan yang terlibat dalam program Menabung Amal, bolehlah menyerahkan tabungan kepada AJK bertugas semasa program Israk Mikraj.
Diharapkan Tuan/Puan dapat hadir beramai-ramai ke program yang dianjurkan seperti yang dimaklumkan diatas.
Subscribe to:
Posts (Atom)




