Showing posts with label Aktiviti Surau. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Surau. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Program Hari Raya Aidil Adha

Program Terdekat


1. Solat Hari Raya Aidil Adha

Dimaklumkan solat hari Raya Aidil Adha tahun ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 6 November 2011 (Ahad)
Masa : 9 pagi
Takbir akan bermula seawal 8.15 pagi.


Jamuan ala Pot Luck akan disediakan sejurus solat/khutbah hari raya.




2. Program Qurban

Tuan/Puan adalah dijemput ke program Qurban seperti berikut:

Tarikh : 7 November 2011 ( Isnin )
Tempat : Perkarangan Surau Ar-Raudhah As-Syareefah

Aturcara Program:


8 pagi – bermula sembelihan
          - melapah daging kurban - muslimin
          - penyediaan jamuan - muslimat

1.00 ptg – Solat Zohor
1.15 ptg – pengagihan daging qurban
             - jamuan

3. Solat Hajat Persediaan SPM


Program solat hajat dan doa selamat sebagai persediaan SPM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 7 November 2011 ( Isnin )
Masa : Selepas solat Maghrib.

Tuan/Puan dan keluarga adalah diharapkan dapat hadir bagi memeriahkan program seperti di atas.


Penyertaan Korban 1432

Penetapan Harga


- 1 bahagian lembu adalah rm380.
- 1 ekor kambing adalah sekitar rm750 ( mengikut harga pasaran)

Tarikh Tutup: 31 Oktober 2011


Tuan/Puan yang berminat untuk melaksanakan qurban bolehlah mula mendaftar dengan pihak surau dengan memulangkan borang seperti disertakan kepada Imam atau AJK surau dengan seberapa segera.

Pertanyaan

Segala pertanyaan lain bolehlah merujuk kepada AJK berikut:


1. Tn. Hj. Mohd. Nasir Abdullah ( 013-3456566 )
2. En. Zainal Abidin Abdul Rani ( 013-3441588 )
3. Pn. Che Amah Othman ( 013-4389590 )
4. Pn. Siza Shaari ( 012-3193444 )

Wednesday, September 14, 2011

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 24 September 2011 (Sabtu)

Tuan/Puan,


Dengan hormatnya, Tuan/Puan dan keluarga adalah dijemput ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Surau Ar-Raudhah As-Syareefah.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 September 2011 / 26 Syawal 1432 (Sabtu)
Tempat: Surau Ar-Raudhah As-Syareefah, Putra Bistari 2/5, Putra Heights.

Aturcara Majlis:
7:15 malam - Solat Maghrib dan Solat Hajat bagi calon peperiksaan PMR
7:40 malam - Ceramah Khas oleh Ustaz Ghazali
8:40 malam - Solat Isyak
9:00 malam - Jamuan Hari Raya ( Ala Pot Luck )

Penceramah jemputan, Ustaz Ghazali, sering menjadi tetamu program radio IKIM.FM, panel Al-Kulliyyah TV3, rancangan di RTM1 dan Wanita Hari Ini TV3. Beliau juga adalah penulis majalah Anis dan penceramah JAIS yang pernah menyampaikan Tazkirah Ramadhan di surau ini pada 25 Ogos lalu.

Pihak surau akan menyediakan menu istimewa dan Tuan/Puan dapatlah merujuk kepada senarai jamuan di papan kenyataan surau bagi mengelakkan menu yang sama daripada berlebihan.

Semoga kehadiran Tuan/Puan dan keluarga akan menyerikan dan memeriahkan lagi majlis ini serta mendapat keberkatan Alah s.w.t.

Friday, September 9, 2011

Program Bacaan Ya-Sin, Solat Hajat dan Doa Selamat

Tuan/Puan,


Surau Ar-Raudhah As-Syareefah akan menganjurkan program bacaan Ya-Sin, Solat Hajat dan Doa Selamat kepada anak-anak kariah Putra Bistari yang bakal menduduki peperiksaan seperti berikut:

Tarikh: 11 September 2011 (Ahad)

Aturcara Program :
7.30 malam. - Solat Maghrib.
7.45 malam - Bacaan Ya-Sin/Solat Hajat/Doa selamat.
8.40 malam - Solat Isyak.
9.00 malam - Jamuan disediakan.

Oleh itu, Tuan/Puan dan ahli keluarga adalah dijemput untuk turut serta di dalam program di atas. Tuan/Puan yang berminat menyumbang untuk jamuan adalah juga dialu-alukan.

JADUAL KULIAH BULAN SEPTEMBER 2011

Tuesday, August 2, 2011

Thursday, March 31, 2011

Saturday, February 12, 2011

Maulidul Rasul 1432

Surau Ar-Raudhah akan menganjurkan Majlis Maulidul Rasul pada sabtu 19-Feb-2011.

7:30 mlm - Solat Maghrib
7:50 mlm - Ceramah Maulidul Rasul (ust Hadi)
8:45 mlm - Solat Isyak
9:20 mlm - Jamuan Makan (secara pot luck)

Semua kariah dan pembaca dijemput datang imarahkan surau,

----------------------------------------------------------------------------------
Surau dalam proses pembinaan tambahan dan memerlukan sumbangan dana yang berkurangan RM 8,000.

Monday, January 31, 2011

Tuesday, January 11, 2011

Thursday, October 28, 2010

QURBAN 1431H

Monday, October 4, 2010

Thursday, September 23, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya, Tuan/Puan adalah dijemput ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Surau Ar-Raudhah As-Syareefah .

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:
2 Oktober 2010 / 23 Syawal 1431 ( Sabtu )

Tempat:
Surau Ar-Raudhah As-Syareefah, Putra Bistari 2/5, Putra Heights.

Aturcara Majlis.
  • 7:15 malam - Solat Maghrib
  • 7:25 malam - Ucapan dan Kutipan Amal
  • 7:30 malam - Ceramah Khas oleh Ustaz Haslin Baharim ( Program Kalam Suci Astro Oasis & Tanyalah Ustaz TV 9 )
  • 8:30 malam - Solat Isyak
  • 8:45 malam - Jamuan Hari Raya ( Ala Pot Luck. Sumbangan makanan & minuman adalah dialu-alukan )

Semoga kehadiran tuan/puan dan keluarga akan menyerikan lagi majlis dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Wednesday, July 21, 2010

Sekitar sambutan Majlis Isra' & Mikraj

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan juadah makanan dan minuman. Juga tidak lupa kepada mereka yang menjayakan program gotong royong di sebelah pagi. Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.











Monday, July 5, 2010

Ceramah Israk & Mikraj

Sukacita dimaklumkan program bersempena Israk Mikraj akan dianjurkan di Surau Ar-Raudhah As-Syareefah seperti berikut:

Tarikh: 10 Julai 2010 (Sabtu)

Aturcara Program :
7.30 malam. - Solat Maghrib.
7.45 malam - Ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Riduan Zainal Abidin.
9.00 malam - Solat Isyak.
9.15 malam - Jamuan ala Pot Luck.


Untuk makluman, jamuan makan malam secara Pot Luck adalah bertujuan untuk mempereratkan silaturrahim sesama penduduk Islam Putra Bistari seperti mana yang telah diadakan sebelum ini.

Untuk anggaran juadah, Tuan/Puan adalah digalakkan memaklumkan jenis juadah yang akan disumbangkan melalui mana-mana kaedah berikut:


  • Mendaftar di borang Sumbangan Jamuan di papan kenyataan Surau.

  • Memaklumkan mana-mana JawatanKuasa Pengelola Program Israk Mikraj.

    • Tn. Hj. Mohd. Nasir Abdullah ( 013-3456566).

    • En. Zainal Abidin Abdul Rani ( 013-3441588 )

    • Pn. Che Amah Othman ( 013-4389590 )

    • Pn Siza Shaari (019-3129028)
Tuan/Puan yang terlibat dalam program Menabung Amal, bolehlah menyerahkan tabungan kepada AJK bertugas semasa program Israk Mikraj.

Diharapkan Tuan/Puan dapat hadir beramai-ramai ke program yang dianjurkan seperti yang dimaklumkan diatas.

JADUAL KULIAH BULAN JULAI 2010