Showing posts with label Dana. Show all posts
Showing posts with label Dana. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Rayuan Sumbangan untuk Kerja Naiktaraf




Untuk pengetahuan semua, pihak surau telah pun memulakan pembinaan tambahan atap disebelah kanan dan belakang surau untuk kegunaan bagi sebarang jamuan atau sebagai ruangan tambahan untuk jemaah semasa bulan Ramadhan. Alhamdulillah ianya sudah hampir selesai. Walaupun dana agak kurang, pihak surau merasakan ianya penting untuk dilakukan demi keselesaan para jemaah terutama ketika bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Kami mengalu-alaukan sumbangan untuk pembinaan ini dan juga kerja-kerja menaiktaraf yang lain yang telah dirancang seperti pagar sekitar kawasan surau dan juga menurap kawasan tanah di dalam surau.

Semoga usaha dan sumbangan saudara mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t. Insya Allah.

Saturday, February 12, 2011

Maulidul Rasul 1432

Surau Ar-Raudhah akan menganjurkan Majlis Maulidul Rasul pada sabtu 19-Feb-2011.

7:30 mlm - Solat Maghrib
7:50 mlm - Ceramah Maulidul Rasul (ust Hadi)
8:45 mlm - Solat Isyak
9:20 mlm - Jamuan Makan (secara pot luck)

Semua kariah dan pembaca dijemput datang imarahkan surau,

----------------------------------------------------------------------------------
Surau dalam proses pembinaan tambahan dan memerlukan sumbangan dana yang berkurangan RM 8,000.

Tuesday, November 30, 2010

Thursday, July 22, 2010

Tentang Yang Dah Tamat dan Yang Mula


Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, tamat dan sempurna sudah pembinaan rumah kediaman Imam bertugas dan dapatlah ia digunakan. Semoga ianya dapat memberi keselesaan kepada Tuan Imam kita. Diucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada sesiapa yang telah menyumbang didalam pembinaan rumah ini tidak kira dalam bentuk kewangan, barang-barang kelengkapan dan juga tenaga. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha tuan-tuan dan puan-puan.




Dalam masa yang sama, pihak Surau telah memulakan projek pembinaan tandas khusus berasingan yang lebih sempurna untuk jemaah lelaki dan wanita. Bahagian tandas wanita juga dilengkapi dengan tempat wuduk. Walaupun jumlah dana dalam tabungan/akaun Surau amat rendah buat masa ini , pihak Surau merasakan ianya suatu yang amat perlu  demi keselesaan para jemaah. Insya Allah ianya akan siap dan boleh digunakan pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amatlah diperlukan dan sangatlah kami hargai.

Saturday, June 5, 2010

Pembinaan Rumah Imam

Alhamdulillah pembinaan rumah baru untuk tempat tinggal Imam bertugas telahpun dimulakan awal minggu ini. Diharapkan ianya dapat memberi kemudahan yang lebih selesa kepada Tuan Imam kita. Sumbangan tuan/puan masih diperlukan dan amatlah dihargai.

Monday, May 10, 2010

Inisiatif Kutipan Dana

Pihak AJK Surau sedang berusaha untuk mengumpul dana dan mengsasarkan jumlah sebanyak RM 150,000 untuk tujuan fasa 2 pembinaan dan juga perbelanjaan operasi surau. .

Kerja-kerja yang dirancang didalam Fasa 2 pembinaan adalah seperti berikut :

  • Pembinaan bilik/rumah imam dengan kelengkapan asas.
  • Penurapan bagi pembinaan jalan masuk dan tempat letak kereta surau
  • Pembaikan dan menaiktaraf tandas asas sediada dengan kemudahan yang lebih sempurna dan lengkap
  • Tempat wuduk yang lengkap serta beratap (Lelaki dan wanita)
  • Kelengkapan di dalam surau seperti tambahan 1 unit peralatan PA, lampu kecemasan, alat hawa dingin, dan bidai pemisah yang lebih sempurna bagi kawasan muslimah
  • Pembinaan bumbung di kawasan tepi (apron) bangunan bagi menyediakan kawasan tambahan bertutup surau.
  • Flood light dan lampu jalan di kawasan luar surau.
Disamping usaha pengumpulan dana untuk Fasa 2 pembinaan, perbelanjaan operasi dengan anggaran sebanyak RM60,000 setahun juga diperlukan.

Ini termasuk perbelanjaan imam, kuliah mingguan dan bulanan dan perbelanjaan asas yang lain.

Monday, March 1, 2010

Inisiatif pengumpulan dana

Bagi menampung kos operasi surau dan juga meneruskan usaha mengumpul dana bagi melengkapkan kemudahan dan pembinaan surau, beberapa inisiatif telah di lancarkan .

  • Tabung derma individu dengan konsep menabung sambil beramal untuk setiap rumah. Tabung boleh diserahkan semula selepas 3 bulan. Sila berhubung dengan wakil AJK untuk mendapatkan tabung tersebut.





  • Tabung kekal di surau. 2 unit tabung kekal telah disediakan di bahagian Muslimin dan Muslimah




  • Sumbangan bulanan RM30 minima untuk tabung pengurusan dan pembangunan Surau Ar-Raudah Sumbangan Tuan/Puan bolehlah diserahkan melalui kaedah berikut:

    Akaun Maybank No.562366110161.
    Serahan kepada wakil AJK di kawasan Tuan/Puan.
    Serahan kepada mana-mana AJK di surau. Resit akan dikeluarkan diatas permintaan.