Monday, December 21, 2009

Aktiviti 1 Muharram 1431H

Gambar-gambar sekitar majlis "Green the Surau" dan gotong royong pembersihan surau.














Thursday, December 17, 2009

Tahukah Anda

Tuesday, December 15, 2009

Program Awal Muharram 1431H

Bersempena dengan sambutan Awal Muharram 1431H, SRS ( Putra Bistari ) akan menganjurkan program-program seperti berikut:


TARIKH : 17.12.2009 Hari Khamis

ATURCARA
6.45 petang - Doa Akhir Tahun
7:15 malam - Solat Maghrib
7:25 malam - Doa Awal Tahun
7:30 malam - Bacaan Surah Yasin
8:20 malam - Solat Isyak

TARIKH : 18.12.2009 Hari Jumaat
ATURCARA
3:45 pagi - Qiamullail
5:50 pagi - Solat Subuh
6:30 pagi - Kuliah subuh
7:15 pagi - Sarapan pagi
8:00 pagi - Majlis gotong royong menanam pokok dan membersihkan surau
10:00 pagi - Majlis tamat dan bersurai

Tuan/Puan dan keluarga adalah dijemput untuk hadir bagi mengimarahkan lagi program-program seperti yang disediakan seperti di atas.

Ingin dimaklumkan juga, majlis gotong royong menanam pokok adalah bersempena kempen 'Green the Surau' yang mana Tuan/Puan adalah dijemput untuk menaja sebagai 'anak angkat' kepada mana-mana pokok yang disediakan seperti dibawah:

Pokok Rambutan ( Merah) - 3 pokok   (2 dah book)
Pokok Rambutan ( Kuning ) - 1 pokok   (1 dah book)
Pokok Mangga - 3 pokok  (1 dah book)
Pokok Cempedak - 1 pokok
Pokok Jambu Madu - 2 pokok  (1 dah book)
Pokok Kedondong - 1 pokok  (1 dah book)
Pokok Nangka Madu - 2 pokok

Jumlah tajaan setiap pokok antara RM 30 ke RM 50.

Bagi tujuan pembersihan surau pihak Surau menawarkan peluang sumbangan barangan keperluan Surau seperti lampu perhiasan yang akan dipasang semasa gotong-royong.

Untuk kedua-dua tujuan diatas dan keterangan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi:

1. En. Zainal Abidin Abdul Rani - 013-3441588
2. En. Zailan Md Yusof - 012-9191075

Semua di jemput hadir.




Monday, December 7, 2009

Jadual Aktiviti Surau untuk Bulan Disember 2009





Terkini : Kuliah Subuh 19 Disember 2009 bersama Ustaz Yunus di batalkan.

Monday, November 30, 2009

Majlis Korban Hari Raya Aidil Adha 1430H

Alhamdullilah, dengan izin Allah s.w.t, pada hari Sabtu yg lepas, 11 Zulhijjah 1430H (27 November 2009) telah berlangsung majlis korban buat yang pertama kalinya bagi surau ini. Sebanyak 4 ekor lembu telah disembelih bagi tujuan korban dan juga aqiqah. Majlis yang bermula sejak pukul 12 tengahari lagi dimulakan dengan upacara penyembelihan, melapah dan juga pengagihan daging korban. Gotong royong untuk penyediaan makan malam juga berlangsung pada waktu yang sama. Selepas solat fardu Maghrib, Ustaz Azian bin Man dari Masjid Al Falah USJ 9 selaku Imam jemputan pada hari itu telah menyampaikan tazkirah ringkas. Para jemaah telah dihidangkan dengan makan malam yang dimasak sendiri oleh kariah Surau selepas solat Fardhu Isyak.

Pihak AJK Surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala bantuan yang telah disumbangkan bagi menjayakan program ini. Pihak AJK juga mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan dari majlis tersebut dan juga keatas apa-apa kelemahan didalam urusan mentadbir surau semenjak ianya dibuka. Semoga ibadah korban ini diterima Allah s.w.t dan marilah kita sama-sama berdoa majlis yang telah dilangsungkan ini mendapat kerahmatan Allah s.w.t.     


Khemah yang telah dipasang untuk keselesaan para jemaah untuk Majlis Korban


Salah satu dari lembu korban


Upacara penyembelihan



Para kariah surau yang sama sama membantu untuk melapah, mengagihkan daging korban dan juga menyediakan & memasak untuk majlis makan di sebelah malam.



Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azian bin Man


Para jemaah dan jemputan menikmati hidangan yang disediakan


Monday, November 9, 2009

Majlis Perpisahan Imam Shafik

Pada 3 November 2009 selepas Isha' telah diadakan Majlis Perpisahan untuk Saudara Shafik yang akan pulang ke Mesir untuk menyambung pengajiannya dalam Bidang Syariah. Pihak Surau mendoakan kejayaan Saudara Shafik dan mengucapkan setinggi penghargaan kepada beliau kerana telah sudi menyumbang tenaga sebagai Imam sementara Surau Raudhah As Syareef.






Borang Pendaftar Karian & Bancian Penduduk Islam Putra Bistari

Sudahkan anda mendaftar sebagai kariah Surau Raudhah As Syareef. Sila klik borang di bawah untuk maklumat lanjut.



Friday, November 6, 2009

Jadual Aktiviti Surau untuk Bulan November 2009



Pengumuman Majlis Korban

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1430

Akhirnya Surau Siap Juga

Alhamdullilah dengan izin Allah s.w.t, surau dapat disiapkan dan mula beroperasi dari 1 Ramadhan 1430.

Kerja-kerja mencuci sebelum pemasangan karpet


Bahagian dalam Surau


Surau yang telah siap untuk menerima jemaah Putra Bistari


Solat Sunat Taraweh

Progres Kerja Pembinaan


Minggu 1

Minggu 2
21 Jun 2009


Minggu 3
28 Jun 2009


Minggu 4
5 Julai 2009


Minggu 5
12 Julai 2009


Minggu 6
18 Julai 2009


Minggu 7
26 Julai 2009


Minggu 8
2 Ogos 2009

Perjumpaan Kariah 25 Oktober 2008



Surat Kelulusan JAIS dan Pelan Surau


Surat Kelulusan dari JAIS

Pelan Tapak

Side Elevation Plan



Top Elevation Plan

Banner Untuk Kutipan Dana Tabung Surau